Pages

21 December 2010

Yahoooo.......

Salam...alhamdullilah b'syukur sgt2 sb akhirnya dh siap pun wat bunga telur...kalo selama ni aku dok wt sorg2 kt umh rs cm lmbt nyer nk siap..almaklumla bp byk ms je yg ade kn sb hy dpt wt selepas lik keje...tp td aku amk kptsn nk bwk g opis hehehe mentang2 bos xde selamba aku jer ek...td b'ganding bahu wt ngn mber aku dua org x smpai tgh ari dh dpt setle kn sume..yahooooo suke nyer pasni dh x yah pening2 kalut2 nk siapkan bunga telur yg agak rumit tue lg...em tgl nk mtk tlg mak balutkan ngn floral tape je (sb aku balut jd benda lain huhuhu)...hepi sgt2 sb proses m'yiapkan bunga telur rainbow 2 mengikut time frame yg aku tetapkan...kira2 sebulan  jugak ms yg aku amk tuk siapkan bunga telur 2..aku start wt hujung bulan 11 then x smpi hujung bulan 12 dh setle (aik kalo cmni meaning x smpi sebulan lorh)...wah leh amk tempahan la kalo cmni hehehehe....
Ok dh lega x nk pk bunga telur, pasni nk packing masuk dlm kotak then sealed tkt nti berhabuk...skrg dh nk fokus wt hantaran plak..by hook or by crook kena ajk Mr. T g shoping brg nk dijadikn hntrn ni..kalo x nti x dpt idea nk start cmne kn..hohohoho
Special thanks 2 my fren "Buku atas kotak petak " & "Mama Qayyum Cute" atas p'tolongan menyiapkan bunga telur td ek..sy akn pastikn mjlis sy nti korg b'dua dpt bunga telur sorg 1 hehehe :)
Almk tetbe teringat aku x wt lagi ibu bunga telur 2 tuk di letakkan di atas jambak bunga telur di kedua2 belah pahar..aiseh br nk enjoy katak lompat2 sb bunga telur dh siap...em ni nk kena pk kn plak nk wt ibu nyer cmne gaya huhuhuhu....idea dtg lah kau..ku seru kau hehehehehe :)
Pic 1: Closeup  


Pic 2: Rimbunan bunga telur Rainbow 


Pic 3: Try test guna telur masin dpt dr majlis kawin org hehehe 


Pic 4: Closeup gambar berserta telur masin

Kad kawin ooo...kad kawin...

Salam...selamat malam...wah mentang2 br wt blog pagi ptg siang mlm asyk nk post jerk kn..huhu xpela dh nm blog ni tuk cter persiapan kawin aku kn...em entry kali ni nk ckp psl kad kawin...siang td dh g lg 1 kedai knon nyer nk tempah kad kawin...tp cm biasa bl g mmg la aku xcited..tgk yg 2 b'kenan tgk yg ni b'kenan sng kata sume aku b'kenan...tp yg wt aku pening bkn la nk pilih mn yg paling suke tp pening bl tgk hrga nyer...adus :( kalo nk yg murah mmg de tp takat gn sehelai A4 paper yg b'color then print gn ink wrna hitam..em kalo pk2 smula aku pn leh wt sndri kalo cm 2...
Then kalo nk yg ok skit hrga nyer lak mhl...ritu bkl mother in law dh gtau tuk side lelaki jer nk 1000 kad..wah such a big amount. 2 x termasuk lg tuk mber2 rapat Mr. T (Mr. Tunang). Em nk ckp Mr. T aku 2 glamor pn x gak tp kwn2 dia de lah dlm lbh kurg 200 org..aduh fenin2...
Mjur la tuk side aku mak ritu ckp tempah dlm 400 sj...plus mber2 rpt aku 600 gak 2..so total tuk both side 1800...wahhhhh bia btl....
Aku dh x tau nk round kt area mn lg dlm jb ni...kalo leh nk cr yg dkt2 jer sb sng nk b'urusan..tp kalo dh ssh sgt nk jmpa t'pksa la g jauh sikit..harap2 jumpa la yg sesuai & harga b'patutan..amin...

20 December 2010

Sharing is caring....:)

Salam...petang2 ni tetbe rs nk share petua2 tuk bakal pengantin..kdg2 kita org muda ni selalu rs cm relevan je petua org dollu2...rs cm so merepek n meraban tp bl pk2 lik kdg2 de kebenaran nye setiap petua2 tue...em kalo yg mn rs leh ikt 2 try la wt ok tp kalo rs cm dh over skit 2 juz bc jela x yah nk amal kn plak kang 1 keje lak bakal pengantin nk kena ikt segala bagai petua tok nek moyang tue...


Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yang ditetapkan harus diikuti untuk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dalam masyarakat Melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebuntukan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yang difikirkan sesuai masih boleh diikuti.


1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jangan tidur di rumah orang takut terkena ilmu. Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga.

3. Jangan bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik.

4. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.

7. Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

8. Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

10. Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksik.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yang dicampur madu dan lada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga.

17. Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia untuk membuang angin.

18. Belajar ilmu rumahtangga drpd orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.

19. Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

26. Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.

27. Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

28. Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

29. Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama (dalam Islam bila sudah nikah tidak ada larangan seperti ini - Admin)

31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan untuk menghangatkan lagi kemesraan.

32. Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dari dikhianati orang.

33. Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadinya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.

36. Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juru andam kerana dikhuatiri hilang seri.

40. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

41. Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

43. Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat.

Em...aku mmg dok mencari petua2 tuk bakal pengantin ni..so bl jmpa entry ni sgt2 berguna tuk aku...tp rs cm x sume kot leh ikt..wt jela mn yg termampu dan rs relevan..huhu thanks to http://warisanbangsa.blogspot.com  sb bg info yg berguna tuk aku....

Lahir seorang lagi umat Nabi Adam a.s

Salam.....
Em nk lari dari topik jap ek..bkn nk citer psl persiapan kawin tp nk cter psl ke'excited'an dpt ank sedara...hoho...
Alhamdullilah semalam lahir lagi seorang bayi yang tulus suci dan mulus ke muka bumi ini....thats meaning aku dh jd makcik, mak medakan, aunty, lg ape ek panggilan tuk aku huhu x kisah la...Bayi yang kakak ipar aku lahir kn pada 20/12/2010 jam 2.01pg seberat 2.6kg...byk sgt nombor 2 yg berkaitan ngn si kecil ini..nti mst nombor 2 jd nombor ong dia hehehehe mepek ajer mak usu ko ni...
Doa aku wt along sekeluarga semoga dgn kehadiran bayi suci ini dpt mengubah corak hidup korg...semoga bayi ini lebih mengeratkan hbgn kekeluargaan korg b'dua...amin...
Pic: Si kecil yang tulus mulus 

19 December 2010

Yeah!!! dah pandai wt blog..

Salam permulaan...
Akhirnya setelah beberapa hari baru lah berkesempatan blaja wt blog..thanks 2 my good teacher miz azian (bukan nama sebenar) hehehehe...blog ni bertujuan sebagai diary perjalanan kisah aku dlm menjalani penghujung alam bujang ku...selain 2 gak blog ni bertujuan tuk share segala persiapan perkahwinan yang sedang giat aku lakukan...dh penat2 wt preparation nk jugak release2 tnsion ngn blog kn huhu...ok lah cukup dl wt masa ni..adios..
Pic : Bunga telur hand made tuk majlis aku nti..theme color rainbow :)